YBRS. PROF. MADYA DR. ROZITA RADHIAH SAID
Kepakaran
- Pendidikan Bahasa Dan Kesusasteraan Melayu
Sumbangan dan Pengiktirafan
- Penyelaras Program Siswazah Pendidikan Bahasa Melayu.
- Merupakan seorang ahli akademik dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 10 tahun lalu.
- Skop penyelidikan dan cakupan bidang kepakaran beliau adalah berkaitan dengan kajian pengintegrasian pendekatan, kaedah, teknik, strategi, pembinaan dan pembangunan bahan sumber serta pengaplikasian teknologi berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
- Beliau telah mengangkat kedudukan bahasa Melayu dengan penggunaan bahasa yang santun, jelas, betul pemakaiannya, betul konteksnya, sesuai larasnya dan menyerlahkan jati diri Melayu.
- Beliau juga mendedikasikan seluruh ilmu dan kepakaran bahasa Melayu kepada agama, bangsa dan negara.
Karya Penulisan
- Model “SILA FOCKes SINI’ Mengajar Mengarang. (2018)
- Linguistik Terapan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. (2020)
- Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. (2018)