Skip to main content

PENGENALAN

LATAR BELAKANG

Anugerah Akademik Bahasa Melayu merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam 2016–2020 dan diteruskan melalui Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam 2023–2030. Penganjuran anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, terutamanya dalam kalangan warga pendidikan tinggi.

AABM merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2012. Sehingga kini, terdapat seramai 12 orang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Bahasa Melayu, yang terdiri daripada ahli-ahli akademik yang berwibawa dalam pelbagai disiplin ilmu dan telah menunjukkan impak yang besar dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

ASAS ANUGERAH

Anugerah ini diberikan kepada ahli akademik berwibawa dalam disiplin ilmunya bagi memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020 dan diteruskan melalui Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam 2023–2030.