YBHG. PROF. DR. ZAFIR KHAN BIN MOHAMED MAKHBUL
Kepakaran
- Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
- Ekonomi dan Perniagaan
Sumbangan dan Pengiktirafan
-
- Dekan Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
- Penerima pelbagai anugerah di dalam dan di luar Universiti antaranya Anugerah Buku Negara (2017), Anugerah Bitara Bahasa Melayu (2020), Anugerah Khas Kualiti UKM (2008) atas makalah jurnal yang ditulis dalam bahasa Melayu serta beberapa Anugerah Kualiti peringkat UKM.
- 20 pelbagai geran penyelidikan antaranya bernilai lebih RM250,000 bertajuk Kajian Impak Perundangan (RIA) Kelestarian Migrasi Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKT 1967) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994), antara geran lain bernilai RM100,000 bertajuk Stesenkerja Ergonomik dan Stres di Tempat Kerja: Tinjauan Terhadap Industri Perbankan dan Pendidikan di Malaysia;
- Lebih 90% daripada 20 hak cipta yang dihasilkan dalam bahasa Melayu antaranya Pembangunan Garis Panduan Penilaian Kendiri SPK PPPS, Sistem Penilaian Prestasi Universiti (SPPU) V7, Model Stesenkerja Ergonomik dan Stres Kahn dan Modul Pengurusan Sumber Manusia, Modul Pengurusan Organisasi dan sebagainya.
- Menghasilkan modul latihan dan pengajaran berbahasa Melayu bersama penerbit bertaraf antarabangsa seperti McGraw-Hill Education dan Cengage Learning
- Pelbagai penerbitan seperti makalah jurnal, buku (lebih 35) dan prosiding dalam bahasa Melayu yang menjadi rujukan utama di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta
- Kolumnis Majalah Dewan ekonomi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka;
- Kolumnis di Sinar Harian oleh Kumpulan Karangkraf;
- Ahli Bersekutu, Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM);
- Jemputan Perbincangan Isu Berkaitan Standard Program: Sains Perubatan dan Kesihatan bagi Subbidang Pengurusan Penjagaan Kesihatan; dan
- Pelantikan sebagai Ahli Task Force memperkasakan Top Business School (TBS) di Malaysia oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi Malaysia.
Karya Penulisan
- Mengurus Sumber Manusia dan Kesejahteraan dalam Ranjau Perubahan (2021) (Buku Syarahan Perdana Profesor);
- Menurus Insan: Ibrah Peribahsa Melayu (2020) (Calon Anugerah Buku Malaysia);
- Keusahawanan dan mengurus prestasi sumber manusia (2017) (Pemenang Anugerah Buku Negara 2017); dan
- Pengurusan Organisasi (2013) (Sijil Penghargaan Kecemerlangan dalam Penulisan Buku berbahasa Melayu oleh Naib Presiden McGraw Hill Education-Asia).