Encik Mohamad Asri bin Mat
Kepakaran
- Bahasa Melayu
- Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) Guru Bahasa Melayu
Sumbangan dan Pengiktirafan
- Ikon Seni dan Budaya Akhbar Sinar Harian 2016 dan 2017 serta Ikon Guru Negeri Selangor 2017;
- Penerima Anugerah Tokoh Inovasi Pendidikan Negeri Selangor 2018;
- Anggota Kumpulan Pemikir peringkat kementerian yang menghasilkan beberapa dokumen antaranya Buku Pelan Induk Pembangunan Profesional Keguruan (PIPPK), Standard Profesional Guru Malaysia 2.0 dan Buku Pengurusan DTP 1.0 dan 2.0;
- Pakar Rujuk peringkat Universiti sebagai Pakar Penilai Kesahan Item Bahasa;
- Penghasilan Inovasi melalui penyelidikan bagi formula SPKT SPA-21 sehingga merentas benua ke Kota London;
- Pembimbing Master Trainer menghasilkan Kit Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Menghasilkan Modul Cakna Minda sebagai bahan sokongan kurikulum Pengajaran dan Pembelajaran (PdP);
- Menerima undangan Dewan Bahasa dan Pustaka berkaitan seputar bahasa, kesusasteraan dan Pendidikan.
- Kolumnis Sinar Harian di Kolum Lingkaran Seni, Sinar Ahad;
- Undangan daripada pelbagai siaran radio seperti Nasional FM bertajuk Mahabbah Puisi Ramadan 2 dan Salam Fm bertajuk Kapsul Asri@Salam dan Tip Untuk Sihat; dan
- Undangan sesi temu bual di Selamat Pagi Malaysia dalam slot Motivasi dan turut menerima undangan dalam slot Suara Malaysia bertajuk Sastera & Anak Muda.
Karya Penulisan
- Rancangan Siri Cerita Rakyat Malaysia: Lagenda Batu Penyu (2010);
- Rancangan Siri Cerita Rakyat Malaysia: Puisi Istana Kerengga (2010);
- Kumpulan Puisi Laki-Laki Yang Mencari Hari Setelah Kehilangan Hari (2019); dan
- Kumpulan Puisi Laki-Laki (2016).