Skip to main content

SITI SUHAILA BINTI SAMIAN

Kepakaran

  • Pendidikan Khas/ Perancangan Pelancongan

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Beliau merupakan seorang Pensyarah Utama dalam jurusan Hospitaliti dan Pendidikan Khas yang berpengalaman luas dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan bahasa isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) atau Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) kepada golongan pelajar berkeperluan khas di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.
  • Kekuatan beliau terletak pada kecintaannya dalam bidang penulisan kreatif terinspirasi daripada almarhum bapanya, Samian bin Maimon seorang pemandu teksi yang sesekali menulis di ruangan pandangan rakyat mengenai arena politik tempatan dengan nama pena, 'Cerita Kedai Kopi‘.
  • Karya beliau, ‘Pinjamkan Dia Sebentar’ pernah menjadi tajuk antologi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2015, selain karya solo, ‘Dari Syurga ke Syurga’ senaskah kenangan buat almarhum anakanda beliau pada tahun 2017 yang turut diedarkan ke Perpustakaan Desa seluruh negara melalui Dana Penulis, Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Selain itu, beliau juga aktif dalam berkongsi ilmu dan kemahiran dalam topik pengurusan acara, penulisan karya kreatif, protokol serta kemahiran berbahasa isyarat kepada pelbagai golongan termasuk pelajar, kakitangan di institusi tempat beliau berkhidmat dan agensi kerajaan .

Karya Penulisan

  • Pinjamkan Dia Sebentar.