YBRS. PROF. MADYA DR. INDIRAWATI @ INDRAWATI BINTI ZAHID
Kepakaran
• Bahasa Melayu ( Semantik Leksikal; Fonetik Dan Fonologi; Pragmatik)
Sumbangan dan Pengiktirafan
- Timbalan Dekan Ijazah Tinggi, Penyelidikan Dan Inovasi Akademi Pengajian Melayu
- Menghasilkan pelbagai genre penerbitan dalam bahasa Melayu seperti buku, jurnal, bab dalam buku dan pascasidang dalam bidang Fonetik, Fonologi dan Semantik. Kesarjanaan beliau diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti:
i. Profesor Pelawat di Moscow State University, Moscow, Rusia;ii. Dilantik sebagai Profesor Adjung di Universitas Negeri Malang, Indonesia;
iii. Pensyarah pelawat di Yunnan National University, Yunnan, China;
iv. Pengucap Utama di beberapa persidangan antarabangsa contohnya di China, Singapura, Indonesia dan Rusia; dan
v. Pewasit makalah jurnal kebangsaan dan antarabangsa.
- Beliau juga telah menerima Anugerah Penghargaan Makalah Jurnal Terbaik KSS Indeks Kebangsaan 2021 dan Indeks Kebangsaan Kemanusiaan dan Sains Sosial Terbaik Dalam Jurnal MAPIM-KPT ke-14.
- Prof. Madya Dr. Indirawati bersama pasukan penyelidikannya dan para pelajar telah menghasilkan pelbagai artikel dalam jurnal berindeks Scopus dan MyCite dengan menggunakan bahasa Melayu.
- Beliau turut menjadi penilai manuskrip (buku), makalah untuk jurnal berindeks Scopus dan MyCite, penilai permohonan geran FRGS serta pemeriksa tesis dan disertasi. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Panel Bidang Fonetik dan Fonologi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau turut menjadi penasihat kepada projek Bahasa Melayu untuk Penutur Asing (BMPA). Projek ini diterajui oleh Akademi Pegajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) dengan Dana Khas KPT.
- Beliau juga telah berjaya mendapatkan pelbagai geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan universiti dalam bidang semantik kosa kata, pragmatik, Aspek Bahasa dalam Kitab Tib Muzium Terengganu, Filologi, Perbandingan Pembinaan Instrumen Ujian Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura serta Penotasian Puisi Melayu Tradisional.
Karya Penulisan
- Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (2021)
- Makna: Konsep dan Komunikasi. (2021)
- Khazanah Melayu Serumpun dalam Era Baharu.Kuala Lumpur: Pusat Kecemerlangan Melayu. (2018)
- Pengantar Fonetik. (2016)