Skip to main content

YBRS. DR. NORASHADY BIN MOHD NOOR

Kepakaran

• Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Sumbangan dan Pengiktirafan

• Pensyarah Utama Di Jabatan Kej. Mekanikal
• Ketua Pegawai Eksekutif (Ceo) Program Flagship 4ir Autonomous Vehicle Lantikan JPPKK
• Ahli Persatuan Jurutera Automotif Antarabangsa
• Aktif terlibat dalam kajian-kajian akademik melibatkan bidang pengukuran dan penilaian pendidikan. Beliau mula aktif dalam bidang ini setelah berkecimpung dalam dunia psikometrik semasa pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) bermula pada tahun 2013 sehingga 2016.
• Hasil kajian beliau dalam bidang ini bukan sahaja berjaya dibentangkan dan diterbitkan di peringkat kebangsaan malah pernah terpilih untuk dibentangkan dalam seminar di peringkat antarabangsa di Deakin University, Melbourne, Australia.
• Di peringkat antarabangsa pula, beliau turut terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa buah institusi pengajian tinggi di Indonesia untuk mewujudkan jaringan usahasama dalam memperkasakan Projek “Teaching Factory” di Politeknik Sultan Azlan Shah.
• Dari segi penglibatan profesional, Dr. Norashady bin Mohd Noor telah terpilih untuk dianugerahkan geran penyelidikan berjumlah RM91,000 untuk membangunkan sebuah mesin kek lapis automatik dan telah berjaya meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak sebanyak enam kali ganda berbanding pengeluaran biasa secara konvensional.

Karya Penulisan

• Mudahnya Kaji Daya Bahan ( 2019)
• Komik Amalan Bengkel Mekanikal J2002 (Tuangan Pasir) (2009)
• Pembangunan Instrument Psikometrik Menggunakan Pendekatan
Analisis Teori Respons Item untuk Pemilihan Pelajar Kejuruteraan Perkapalan. – Journal of Quality Measurement and Analysis
• Buku Panduan Perlaksanaan Projek Flagship 4IR terbitan POLYCC