Skip to main content

YBRS. PROF. MADYA DR. MOHD AFFENDI BIN MOHD SHAFRI

Kepakaran

• Etnoperubatan Melayu (Manuskrip Perubatan Melayu / Kitab Tib)

Sumbangan dan Pengiktirafan

• Ketua Projek Flagship Malay Medical Manuscript
• Ahli Akademi Sains Islam Malaysia
• Felo Penyelidik Khazanah Fathaniyah Kuala Lumpur
• Felo Penyelidik Perbadanan Muzium Pahang
• Mentransliterasikan kitab induk perubatan tradisi Melayu, antaranya Tayyibul Ihsan fi Tibb al-Insan, al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah dan Rumah Ubat di Pulau Penyengat.
• Beliau juga terlibat dalam penganjuran persidangan antarabangsa manuskrip perubatan Melayu pada tahun 2015, sebagai usaha mempromosi warisan saintifik tamadun Melayu dan mengutarakan kajian bersifat pelbagai  disiplin dan antara disiplin.
• Beliau telah mendapat pengiktirafan untuk menjadi Pengucap Utama dan Pembentang Jemputan dalam persidangan antarabangsa, seperti Jabatan Muzium Brunei, Universitas ar-Raniry Banda Aceh dan Universitas Andalas, Padang.
• Pakar rujuk manuskrip perubatan Melayu di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 2023, projek Transliterasi Kitab Tib di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 2023 dan Perpustakaan Negara Malaysia dalam Jawatankuasa Pencalonan Manuskrip untuk program UNESCO Memory of the World 2023.
• Beliau juga menganggotai secara aktif Persatuan Sains Bioperubatan Malaysia (Biomed) Malaysia Pahang.
• Beliau menjalin kerjasama yang sangat erat dengan universiti serantau. Program ini melibatkan aktiviti khidmat masyarakat seperti aktiviti-aktiviti di pesantren, tapak bersejarah, dan aktiviti kebudayaan dengan Majelis Adat Aceh.

Karya Penulisan

• Kitab Perubatan Melayu: Tayyibul Ihsan
• Kitab Perubatan Melayu: al-Rahmah fi al-Tibb wa al-Hikmah
• Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat
• Sudah Gaharu Cendana Pula: Sakit, Tabib dan Ubat dalam Persuratan Melayu
• Kitab Perubatan Melayu: Kebun Segala Raja-raja