Skip to main content

YBRS. PROF. DR. FARAHWAHIDA BINTI MOHD YUSOF

Kepakaran
• Pengajian Islam (Akidah & Pemikiran)

Sumbangan dan Pengiktirafan

• Pengarah, Pusat Penyelidikan Fiqh Sains Dan Teknologi (Cfirst).
• Tenaga Pengajar Halal, Majlis Profesional Halal JAKIM
• Penasihat Syariah Lembaga Pengelola Hidayah Johor Bahru Malaysia (Perintis)
• Ahli Seumur Hidup Persatuan Saintis Muslim Malaysia (Perintis)
• Sebahagian hasil kajian beliau adalah Aliran Kepercayaan: Sejarah dan Perkembangannya Di Malaysia, Transgender di Malaysia, Homoseksual: Antara Hukum dan Kemajuan Sains dan Lelaki Lembut: Faktor dan Kesannya Kepada Pembentukan Sahsiah Mahasiswa.
• Kajian dan inovasi beliau juga banyak memberi pencerahan dan dampak kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu ibadah serta muamalat seharian seperti “Troli Wuduk” dan Aplikasi MyTafsir.
• Dalam bidang penyelidikan pula, keaktifan beliau dapat dibuktikan melalui beberapa geran yang diperolehi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Industri serta Geran Penyelidikan Universiti untuk membuat kajian di dalam pengajian Islam yang menggunakan bahasa Melayu.
• Kajian beliau memberi impak besar kepada negara mahupun komuniti seperti Kecenderungan Penyusuan Anak Angkat Dalam Kalangan Wanita, Pembangunan Perisian Tafsir Al-Quran Bertemakan Flora Dan Fauna dan Fenomena Ekstremisme Dalam Kalangan Masyarakat Islam di Malaysia.

Karya Penulisan

• Kepimpinan Berwawasan Universiti Sanjungan Bangsa. (2022)
• Kehebatan al-Fatihah: Bukti Kemukjizatan al-Quran. (2019)
• Mikdar Rusdi. Tafsir Maudhu`iy [Pemuliharaan Alam Sekitar](2014)
• Penyelewengan Ajaran Qadiani Al-Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadiah (2008)
• Aliran Kepercayaan: Sejarah dan Perkembangannya Di Malaysia. (2007).
• Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Konsep Imam Mahdi (2002).