Skip to main content

YBHG. TS. NUR ISMALINA BINTI HARIS

Kepakaran

  • Kejuruteraan Mekanikal

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Pensyarah berpengalaman yang menggunakan bahasa Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan turut dipertanggungjawabkan dengan jawatan pentadbiran selaku Ketua Unit Kecermerlangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal;
  • Perunding bagi 3 judul buku terbitan Sasbadi Sdn Bhd. Kos perundingan yang terlibat berjumlah RM330,000.00 menunjukkan kepakaran beliau dalam penerbitan buku-buku teknikal bagi kegunaan peringkat sekolah (KPM);
  • Pelbagai penerbitan buku-buku teknikal dalam bahasa Melayu bagi kegunaan pelajar sekolah antaranya ialah Asas Teknologi Elektrik, Mekanik Kejuruteraan Statik & Dinamik dan Mekanik Mesin;
  • Menghasilkan kad inovasi yang bertajuk ‘MeechE: Impak Penggunaan Kad Permainan Menggunakan Teknologi AR Dalam Pengajaran dan Pembelajaran’ dan dibentangkan di 3rd. International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research ICEISR 2018 Padang, Indonesia; dan
  • Terlibat dalam projek terjemahan simulasi PhET (Physics Education Technology) bersama University of Colorado Boulder dalam bahasa Melayu yang banyak membantu dalam pengajaran kursus Engineering Laboratory, Engineering Mechanics & Mechanics of Machines.

Karya Penulisan

  1. Kawalan Kualiti (2016);
  2. Mekanik Mesin (2017);
  3. Asas Teknologi Elektrik (2016);
  4. Mekanik Kejuruteraan Statik & Dinamik (2016); dan
  5. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Tingkatan 5 (2020).