Skip to main content

Prof. Dato' Ir. Dr. Wan Ramli bin Wan Daud

Kepakaran
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kerusi Petronas Profesor Tenaga Hidrogen Lestari

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Profesor Kehormat di Universiti Kebangsaan Malaysia;
  • Penerima anugerah berprestij bagi saintis Malaysia, iaitu Anugerah Merdeka (2016) untuk prestasi kesarjanaan di samping amat cemerlang dalam penyelidikan dan pengembangan sel fuel dan tenaga hidrogen di dunia;
  • Tergolong dalam 1% saintis Dunia dalam “The World’s Most Influential Scientific Minds” oleh Thomson Reuters (2015) dan Clarivate Analytics (2017);
  • Pengucaptama, ketua penyunting jurnal, ahli siding Pakar Majlis Bahasa Brunei Indonesia Malaysia (MABBIM);
  • Juara bidang tenaga keterbaharuan (teknologi sel fuel, teknologi pengeringan lestari, tenaga hidro) dan etnoteknologi Melayu di persada global melalui penyelidikan dan pembangunan menggunakan bahasa Melayu;
  • Penerima geran penyelidikan pelbagai organisasi seperti KPT, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dana berprestij dari Petronas, Proton dan pelbagai institusi awam dan swasta bernilai puluhan juta ringgit;
  • Pembentang 9 kertas ucap utama dan 13 kertas ceramah jemputan tentang pemartabatan bahasa Melayu (6) dan etnoteknologi Melayu (16);
  • Ahli Seidang Penyunting KESTURI, Jurnal Akademi Sains Islam Malaysia yang menerbit makalah bahasa Melayu;
  • Anggota Sidang, Kelompok Kejuruteraan Kimia, Sidang Ke-13 Pakar MABBIM, Brunei Darus Salam, lantikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; dan
  • Pelbagai penerbitan buku dan terjemahan buku dalam bahasa Melayu berkaitan kejuruteraan, reka bentuk dan teknologi zarah, reka bentuk proses kima dan operasi pengeringan industri.

Karya Penulisan

 
  1. Kejuruteraan: Seni atau Sains? (2010);
  2. Prinsip Reka Bentuk Proses Kimia (2002);
  3. Penyampaian Pneumatik (1992);
  4. Sejarah Perkembangan Teknologi Melayu: Satu Kajian Awal (2009);
  5. Falsafah Sains Al-Biruni (2009);
  6. Teknologi dan Pembangunan (2009); dan
  7. Teknologi Melayu. Menjalani Ragam Hidup Sepanjang Zaman (2000).