Skip to main content

PROFESOR. DR. SAEDAH BINTI SIRAJ

Kepakaran

  • Kurikulum dan Teknologi Pengajaran
  • Pengajian Masa Depan
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sumbangan dan Pengiktirafan

  • Penulisan dan penerbitan karya-karya berbahasa Melayu dalam bentuk penyelidikan, pengajaran, penyeliaan tesis, ucaptama, makalah jurnal, buku, bab dalam buku dan karya terjemahan;
  • Profesor Kehormat di Universiti Malaya;
  • Pakar Rujuk Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) (2018);
  • Ahli Jawatankuasa Program CREAM, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (2015);
  • Panel Pakar Standard Program: Pendidikan, MQA (2012);
  • Pakar Rujuk Peperiksaan STPM (Syariah), Majlis Peperiksaan Malaysia (2008);
  • Penilai Projek Sejarah dan Kebudayaan Melayu (ESKM), Behagian Ensiklopedia, Dewan Bahasa dan Pustaka (2008);
  • Panel Penulis Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (1999);
  • Sumber Utama Penceramah Kursus Analisis Kandungan Buku Teks KBSM, KPM (1994);
  • Panitia Pemartabatan Bahasa Melayu daerah Muar (1977-1979);
  • Panel Hakim Debat dan Anugerah Penulisan-penulisan dalam Bahasa Melayu; dan
  • Pakar Rujuk Bahagian Buku Teks, KPM.

Karya Penulisan

  1. Kajian Masa Depan Dalam Pengembangan Kurikulum (2011);
  2. Kurikulum Masa Depan (2008);
  3. Remaja dan Strategi Penyelesaian Masalah (2001);
  4. Pendidikan Rumah Tangga (2001);
  5. Perkembangan Kurikulum: Teori dan Amalan (2001); dan
  6. Buku Teks Guru Prasekolah Komponen Bahasa Melayu (2003).