Skip to main content

PROF. MADYA DR.NORLIZA BINTI JAMALUDDIN

KEPAKARAN

  • Sintaksis, Morfologi, Semantik, Wacana, Linguistik Korpus

SUMBANGAN DAN PENGIKTIRAFAN

  • Pakar dalam Sintaksis, Morfologi, Semantik, Wacana dan Linguistik Korpus. Menghasilkan puluhan artikel jurnal, bukui lmiah, dan kertas kerja.
  • Ahli Jawatankuasa Buku Teks, Pakar Rujuk Bahasa, Panel Glosari Korpus, Pewasit manuskrip & tesis di IPT serta Nazir & pemeriksa kertas peperiksaan MPM (2003–kini).
  • Perunding Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu di IPTA (2023–2030).
  • Perunding Tunggal Bacaan Bahasa Melayu PISA 2024 bersama Australian Council of Education Research (ACER).
  • Di peringkat antarabangsa, beliau menjadi perintis penubuhan Pusat Bahasa Melayu di Uzbek State World Languages University (USWLU), Uzbekistan (2018).
  • Beliau turut menjadi perunding bahasa di Kementerian Pelajaran Singapura, pensyarah bersekutu di Pusat Bahasa Melayu Singapura, penyelidik manuskrip Melayu di Jepun, dan Profesor Adjung di Universitas Negeri Padang, Indonesia.
  • Beliau mengetuai pemerkasaan subjek Bahasa Melayu di SOAS, Universiti London, termasuk penganjuran program budaya dan penghasilan modul dwibahasa melalui geran padanan antarabangsa bernilai £10,000 (SOAS) dan RM60,000 (UPSI).

KARYA PENULISAN

  • Pemaknaan Medan Kecantikan Berasaskan Amalan Cobuild (2018)
  • TINTA BAHASA (2023)
  • Kecendekiaan Melayu Melalui Bahasa, Sastera dan Budaya (2020)
  • Data Korpus Dalam Kajian Linguistik (2019)
  • Ace Ahead Buku Teks Bahasa Melayu STPM