Penyelaras Program Siswazah Pendidikan Bahasa Melayu.
Merupakan seorang ahli akademik dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang sedang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak 10 tahun lalu.
Skop penyelidikan dan cakupan bidang kepakaran beliau adalah berkaitan dengan kajian pengintegrasian pendekatan, kaedah, teknik, strategi, pembinaan dan pembangunan bahan sumber serta pengaplikasian teknologi berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Beliau telah mengangkat kedudukan bahasa Melayu dengan penggunaan bahasa yang santun, jelas, betul pemakaiannya, betul konteksnya, sesuai larasnya dan menyerlahkan jati diri Melayu.
Beliau juga mendedikasikan seluruh ilmu dan kepakaran bahasa Melayu kepada agama, bangsa dan negara.
Karya Penulisan
Model “SILA FOCKes SINI’ Mengajar Mengarang. (2018)
Linguistik Terapan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. (2020)
Penyelidikan Tindakan dalam Pendidikan Bahasa Melayu. (2018)